Thursday, June 13, 2013

Di sepertiganya...kau ambil tempat
Aku biarkan
Kerana seperti semuanya kena hukum bila ditimbang
Kita mula dengan tapak yang segar
Ditengahnya bahagia basah yang bersinar 
Ada beratus lesung pipit yang mampu kau cipta dari aku
Indahnya, sang ditipu sahaja rasa
Hitam manis kau ikat aku di jambatan singgah hujan rindu
Ucapan kau lewat hati bisa buat cair
Tipikal gadis
Hanyut dihujungnya.

 Maaf, pandai kau refleksi bodoh zaman alaf baru. Aku ketawa.