Saturday, June 22, 2013

Politikus

Angin saja yang aku rasa
Bayangnya mana
Kelabu juga mata ini
Tegar mahu lelap
Bimbang termimpi
Sejuk lantai
Macam diri kita
Macam juga engkau
Wacana tapi goblok
Bicaranya pandai
Tapi buatnya macam gampang
Orang tahun maju
Semuanya mahu disuap
Bodoh bebal kuasa kuda
Bincang politiknya pandai
Tapi bila disuruh beri nafkah batin
Serupa pelacur
Sembang kencang.

Roman tahun ribu belasan

Tak bernilai
Hilang prinsipil
Terlepas roman
Seperti sialan genius yang
Di dalamnya terkandung isi bodoh nestapa
Muka pecah
Demandnya tinggi

Celaka kau, celaka kau iblis dunia.

Friday, June 14, 2013

Asing
Kau diam minta balas
Cerita penutupnya paling ke tembok luar
Dari toleh kepada kau
Syaitan dunia
Habis semua kau rosakkan.

Thursday, June 13, 2013

Di sepertiganya...kau ambil tempat
Aku biarkan
Kerana seperti semuanya kena hukum bila ditimbang
Kita mula dengan tapak yang segar
Ditengahnya bahagia basah yang bersinar 
Ada beratus lesung pipit yang mampu kau cipta dari aku
Indahnya, sang ditipu sahaja rasa
Hitam manis kau ikat aku di jambatan singgah hujan rindu
Ucapan kau lewat hati bisa buat cair
Tipikal gadis
Hanyut dihujungnya.

 Maaf, pandai kau refleksi bodoh zaman alaf baru. Aku ketawa.

Tuesday, May 21, 2013

Pembuka

Aku mula jejak
Hilang arah aku cari tapak penunjuk
Hilang arah aku cari kau
Hilang arah aku mula baru

Mula yang baru.